KWAN.

Friday, March 27, 2020
MANA DATANGNYA DUIT RAKYAT YANG KERAJAAN SIMPAN BEGITU BANYAK UTK MAKCIK KIAH

Kena faham sistem kewangan negara. Kita ada simpanan yang dinamakan Wang Rizab Negara dan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Wang Rizab ada kira-kira RM400 bilion dan KWAN ada RM17 bilion. Selain itu ada Kumpulan Wang Amanah lain. Duit ni la yg kjaan skrg gunakan.

Wang Rizab Negara ni diuruskan Bank Negara dan dipantau Bank Dunia. Ia perlu digunakan apabila berlaku kecemasan spt Covid-19 ni. Waktu lain ia juga digunakan untuk kes spt jika berlaku kemelesetan ekonomi.

Wang Rizab ni pun tak boleh digunakan suka hati sebab bila jumlah makin kurang, kedudukan ekonomi negara makin lemah. Pasaran akan merosot dan tahap kepercayaan dunia terhadap negara ikut jatuh. Negara boleh jadi muflis.

Ini kena faham. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak USD103.0 bilion pada 13 Mac 2020. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.